Made in Gsermany

Perihal Kami

Kami adalah sebuah syarikat yang dimiliki dan diuruskan oleh keluarga. Tidak seperti kebanyakan syarikat lain, kami tidak terikat dengan tuntutan pemegang saham majoriti, tetapi sebaliknya bebas memberi seluruh tumpuan kepada perkara yang diinginkan dan diperlukan pelanggan.

Siapa Kami

Bagi kami, “Buatan Jerman”membawa maksud yang lebih mendalam daripada hanya menjamin produk dengan kualiti yang baik. Ia merupakan satu komitmen yang kami hargai dengan penyampaian produk terbaik berdasarkan kepakaran kami yang meluas dalam bidang ini. Sebagai contoh, kami komited untuk mengekalkan pengeluaran di Jerman – kami setia kepada warga, lokasi dan budaya serantau yang telah membantu kami mengecapi kejayaan dalam perjalanan kami selama ini. Suatu yang amat penting kepada kami ialah keupayaan kami membuat dan menyediakan peluang pekerjaan serta latihan di seluruh rantau ini, sama pentingnya dengan azam kami untuk melaksanakan peranan kami dalam mengekalkan tradisi yang telah lama wujud di rantau ini dalam industri logam. Kami mengalu-alukan kunjungan anda! Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan anda ke Delligsen, Jerman dan membawa anda melawat taman mesin kami.

Pintu masuk utama ke tapak kilang

50 Tahun penubuhan Bornemann Gewindetechnik

1960an

Pada tahun 1964, Gerhard Dietrich memulakan asas kepada hasil kerja sepanjang hayat beliau di Stroit, Jerman. Peralatan yang dimilikinya: mesin pelarik turet terpakai, idea yang hebat dan keinginan untuk bekerja keras. Tanpa berbekalkan apa-apa jawatan profesional dan wang di tangan, beliau merebut peluang daripada satu peraturan pengecualian selepas perang untuk mendaftarkan dirinya sebagai pemilik sebuah bengkel bebas. Hasil daripada cita-cita, kerja keras dan komitmen tinggi untuk memberikan kualiti terbaik, beliau berjaya membina asas yang kukuh untuk perniagaannya.

1970an

Syarikat Milik Keluarga Berkembang Maju

Pada tahun 1978 menantu Gerhard Dietrich, Hans Gereke-Bornemann, menyertai syarikat dan bekerja dengannya untuk sama-sama memajukan syarikat. Komponen ulir penyesuaian tinggi tidak lama kemudian muncul sebagai bidang kemahiran utama dan bahagian perniagaan yang penting. Selain daripada pengeluaran alat ganti standard, syarikat turut mengkhususkan dalam reka bentuk tersuai dan pembuatan CNC. Program pembuatan, taman mesin dan tenaga kerja semakin berkembang seiring dengan kejayaan dan pengiktirafan syarikat yang semakin meningkat.

1980an

Perubahan dan Pengurusan Baharu

Tempoh yang sukar melanda kebanyakan industri tradisional, tetapi Bornemann Gewindetechnik memiliki sesuatu yang istimewa yang memastikan syarikat bergerak ke haluan yang betul iaitu hubungan kekeluargaan yang teguh. Oleh kerana syarikat merupakan milik keluarga, perniagaan ini sentiasa dapat bertindak demi kepentingannya sendiri daripada terpaksa bertindak mengikut permintaan pelabur dan pemegang saham. Pada tahun 1984, pengurusan syarikat telah dipindahkan kepada pemiliknya pada masa ini iaitu Gudrun dan Hans Gereke-Bornemann. Mereka mengembangkan syarikat dengan menumpukan sebahagian besar tenaga dan semangat, terutamanya dalam pemprosesan mekanikal serta pengeluaran pemelahu dan penggelek. Namun satu perkara semakin tampak jelas: Dari hari ke hari, syarikat semakin berkembang dan menjadi terlalu besar untuk terus berpangkalan di Stroit.

1990an

Perpindahan ke Delligsen, Jerman

Pada tahun 1997, Bornemann Gewindetech memindahkan syarikat dari Stroit ke taman perindustrian Klus di Delligsen, Jerman. Kini syarikat mempunyai ruang yang lebih luas, pekerja yang lebih ramai dan kemudahan pengeluaran yang besar serta moden dengan kira-kira 3,800 m2 kawasan untuk merealisasikan impiannya. Syarikat kini menggajikan 32 pekerja di Delligsen dan mengambil peluang atas kewujudan teknologi inovatif terkini untuk memenuhi walau bagaimana luar biasa permintaan seseorang pelanggan itu.

2000an

Ulang Tahun ke-50 dan Generasi Baharu

Menjelang tahun 2009, krisis kewangan global telah meninggalkan kesan terhadap sektor kejuruteraan. Namun begitu, setiap pekerjaan di Bornemann dapat diselamatkan. Seluruh pasukan kerja kira-kira seramai 60 orang masih bekerja dengan syarikat. Hanya satu tahun kemudian, tempoh yang paling teruk telah berakhir, dan syarikat terus berkembang. Pada tahun 2014, kami mempunyai sebab untuk meraikan: Ulang tahun ke-50 penubuhan Bornemann Gewindetechnik! Pada suku terakhir 2014, Moritz von Soden dan isterinya Kathrin mengambil alih pengurusan syarikat… Dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, rakan niaga dan pekerja kami. Terima kasih yang tidak terhingga atas kejayaan kerjasama, sokongan berterusan dan kepercayaan anda terhadap kami dan syarikat kami. Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan anda pada masa akan datang.