Made in Gsermany

Pengeluaran & Kualiti

Semua alat ganti yang dikeluarkan, daripada item tunggal hingga siri saiz kecil dan sederhana, dibuat mengikut arahan khusus pelanggan kami. Taman mesin canggih kami dilengkapi dengan mesin CNC – sebahagiannya direka oleh jurutera kami sendiri – pusat pengisar pemutar 5-paksi dan mesin konvensional, digabungkan dengan perancangan pengeluaran separa automatik hasil daripada sistem pelaksanaan pembuatan (MES) dan sistem ERP terkini kami, memastikan pesanan anda akan dilakukan dengan cepat dan secara jimat kos.

Rangkaian Pengeluaran Kami

Anda dapat memperoleh faedah daripada proses pembuatan kami yang diselaraskan dan kepelbagaian rangkaian menegak pembuatan. Portfolio kami merangkumi proses dan perkhidmatan pembuatan berikut:

  • Pemusaran, pengisaran dan pemotongan ulir
  • Pemutaran dan pengisaran konvensional
  • Pencanaian silinder dan rata
  • Penggergajian
  • Pengimpalan
  • Penjajaran sehingga 10 meter
  • Pemugalan
  • Salutan permukaan/kemasan permukaan
  • Pelindapan sehingga 8 meter panjang
Pemusaran Ulir

Rangkaian Perkhidmatan Kami

Produk dan perkhidmatan pengeluaran ulir kami:

  • 1, 2, 3 atau sehingga 50 ulir permulaan
  • Panjang ulir daripada 10 mm hingga 20 m
  • Diameter ulir daripada 10 hingga 300 mm
  • Ulir dalaman sehingga 2,000 mm panjang
  • Pemesinan akhir yang kompleks
  • Pembuatan jarak ulir boleh ubah (contohnya untuk aci kemudi)
  • Ulir diperbuat daripada bahan standard, lindap dan khusus (aloi aluminium/gangsa khas, keluli tahan karat, aluminium, keluli keras, plastik, keluli antimagnet, titanium, tungsten dan lain-lain)
Pemotongan Pengisaran Ulir
Salutan Permukaan

Pemusaran Ulir

Bidang kepakaran utama kami adalah pemesinan pusaran dalaman dan luaran bagi ulir standard dan tempahan khas untuk pelbagai penggunaan kejuruteraan mekanikal atasan. Kualiti ulir kami yang terbaik berjaya meletakkan kualiti cemerlang proses pemusaran kami berada dalam kelasnya yang tersendiri. Kualiti inilah yang menjadikan proses pemusaran kami sesuai untuk menghasilkan skru yang sangat jitu serta memerlukan kualiti permukaan yang luar biasa tinggi yang hampir sama atau lebih baik daripada kualiti pencanaian. Permukaan yang terhasil daripada proses pemusaran juga mempunyai ciri kerekatan pelincir yang amat baik, yang boleh mengurangkan dengan ketara risiko kesan sentakan.

Proses pemusaran ulir boleh diubah dan boleh diaplikasikan kepada pelbagai bentuk, saiz dan panjang ulir, serta digunakan dengan apa-apa bahan boleh mesin. Kemudahan pembuatan dalaman kami bermakna kami boleh menghasilkan alat pemotongan tersuai yang betul untuk membuat sebarang ulir khusus yang anda perlukan dalam masa yang amat pantas.

Jaminan Kualiti

Pelaksanaan yang konsisten, tepat dan sempurna

Ia mungkin matlamat yang tinggi, tetapi kami di Bornemann Gewindetechnik berbangga dengan proses jaminan kualiti kami serta berusaha ke arah strategi sifar kesilapan. Kami telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini pada tahun-tahun kebelakangan ini. Proses QA yang boleh diteladani ini telah diiktiraf dan disahkan oleh pensijilan ISO 9001 kami. Perancangan pengeluaran separa automatik dan proses pemantauan serta sistem ERP kami yang menyeluruh menjadi asas kepada pendekatan kami. Kami mempunyai beberapa tolok ujian yang berkesan, yang membolehkan kami menyediakan pemeriksaan lengkap walaupun pada pesanan yang besar.

Pemotongan Pengisaran Ulir
Pemotongan Pelarik CNC

Pengeluaran Langsing

Lebih Daripada Sekadar Kata-kata

Pengeluaran langsing secara ringkasnya adalah proses melaksanakan pengeluaran dengan cara yang lebih menjimatkan. Tetapi idea di sebaliknya adalah lebih besar dan lebih mendalam lagi, serta telah menjadi inspirasi penting dan penggerak utama kepada aktiviti kami di sini di Bornemann Gewindetechnik sejak 2010.

Semua proses dan prosedur kami dalam semua bidang perniagaan dan pengeluaran adalah tertakluk kepada analisis dan penambahbaikan yang berterusan. Alasan biasa, "Tetapi kita sudah lama melakukannya sebegini!" tidak mempunyai tempat dalam perniagaan kami. Kami menggalakkan semua pekerja untuk memerhati bahagian yang boleh diperbaiki dan berkongsi idea mereka itu. Komitmen peribadi ini bukan sahaja berharga – tetapi ia juga amat menyeronokkan.

Sungguhpun begitu, pengeluaran langsing mempunyai maksud yang lebih besar kepada kami daripada sekadar keberkesanan kos. Ia turut bermakna merealisasikan potensi penuh aset tunggal terbesar kami iaitu kakitangan kami Dengan menghormati idea dan pandangan yang diberikan setiap pekerja, kami memperoleh pemahaman bernilai untuk membantu kami berada di hadapan pesaing dan memastikan kejayaan berterusan kami sebagai sebuah syarikat di masa hadapan

Pemusaran Ulir